Jumaat, 11 Februari 2011

hrmmm..!

Assalamualaikum semua..
dan Salam Satu Malaysia..

lma btui x update blog nie..lama x lama sgt laa..seminggu ada kot..hrmmm...
aku nk cita apa xtau..aku kekeringan idea laa skrang nie..tp aku akan cuba memerahkan otak aku untuk mencari idea..heheh dan coretkan idea itu didalam blog ini..waa..kalau aku buat cmnie masa aku blajaq Add Math kan best..pas2 leh score lam peksa..x ka ibuayah aku bangga..x ka sjuk ibu aku mengandung aku 9 bulan..

aku sudaa mndapat idea untuk coretkan didalam ini blog laa..
tajuk dia ialah : Tahun Nie Aku Form 5

Assalamualaikum sekali lagi.Aku disini ingin menyatakan bahawa aku akan belajar di Tingkatan 5 pada tahun ini iaitu tahun 2011.Aku pun tidak menyangka bahawa aku akan mengambil peperiksaan yang akan menentukan kerjaya aku kelak iaitu SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).Aku rasa,aku ingin kembali belajar semula di Tingkatan 4.Aku benar-benar tidak sedia dengan peperiksaan yg besar ini.

Pada masa aku Tingkatan 4,aku sering bermain-main didalam kelas,bergurau senda dengan rakan sebelah,tidak menyiapkan kerja sekolah malah aku tidak menumpukan perhatian 100% didalam kelas juga.Sedih juga aku memikirkan,pabila aku dewasa nanti apa yang aku mahu lakukan.Setiap manusia akan melalui alam perkahwinan dan aku terfikir sejenak,pabila aku sudah berkahwin,apa yang aku akan bagi makan kepada isteri aku.Ibubapa aku sering berkata,"belajarlah rajin2,ingat masa hadapan,kalau kamu tidak belajar dengan bersungguh-sungguh,kamu mahu bekerja apa,mahu bagi anak isteri makan apa,entah2 nak beli basikal dekat anak pun tidak berkemampuan.
Di petang yang begitu indah (aku tulis entri ini),aku telah terfikir untuk menulis entri ini.Macam mana mahu menjadi pelajar cemerlang,macam mana nak jadi pelajar harapan guru-guru.Pening kepala aku setelah fikir macam mana hendak menjadi pelajar cemerlang.Aku telah endapat satu akal fikiran yang agak bernas.Aku akan belajar bersungguh-sungguh dan tidak mahu main-main lagi.Tetapi aku erenung sejenak,adakah aku boleh melakukan semua itu.Boleh kah aku tinggalkan permainan kegemaran aku daripada aku belajar.Itu yang aku akan usahakan.Kalau boleh berbuat sedemikian InsyaAllah aku akan berjaya.

Sampai disini sahaja boleh aku coretkan didalam blog ini.Sehingga kita bertemu lagi.

assalamualaikum..


p/s:dh mcm karangan spm dah aih...hahahah

1 ulasan: